Thursday, March 26, 2009

SOD. BA. RO. = SABAR

Assalamu’alaikum.wth

Berhiaslah dengan kesabaran dalam menjalani kehidupan ini.
Tidak ada satupun manusia yang terbebas dari kesulitan hidup.
Hari ini mndapatkan kemudahan,barangkali esok hari akan datang kesulitan.
Hari ini dlm keadaan sihat , barangkali besok datang masa sakit
Hari ini penuh dgn kelapangan, ada kemungkinan besok kesempitan datang menghimpit.
Begitulah seterusnya
Kehidupan manusia bergulir bagaikan roda
Ada kalanya diatas & adakalanya dibawah
Sabar akan menempah kita menjadi manusia yang tegar, kukuh, percaya diri, penuh harapan dan penuh dengan pengalaman hidup .
Allah pun akan senantiasa mendukung dan menemani langkah kita.

Sebagaimana firman Allah didalam QS.Al-Baqarah ayat 153 yang ertinya :

“HAI ORANG-ORANG YANG BERIMAN , JADIKANLAH SABAR DAN SHALAT SEBAGAI PENOLONGMU. SESUNGGUHNYA ALLAH BESERTA ORANG-ORANG YANG SABAR”

Mudah-mudahan diri kira selalu sabar + tegar + tabah + ikhlas menjalani kehidupan ini.
Moga kita selalu istiqomah dijalan-Nya.amin

Wednesday, February 11, 2009

HILANG SEGALA NIKMAT

Orang Yang Tidak Melakukan Solat:

Subuh : Dijauhkan cahaya muka yang bersinar
Zuhor : Tidak diberikan berkah dalam rezekinya
Asar : Dijauhkan dari kesehatan/kekuatan
Maghrib : Tidak diberi santunan oleh anak-anaknya.
Isyak : Dijauhkan kedamaian dalam tidurnya

IBU...

Nabi Muhammad S.A.W bersabda:


" Ada 4 di pandang sebagai ibu ", iaitu :
1. Ibu dari segala UBAT adalah SEDIKIT MAKAN.
2. Ibu dari segala ADAB adalah SEDIKIT BERBICARA.
3. Ibu dari segala IBADAT adalah TAKUT BUAT DOSA.
4. Ibu dari segala CITA CITA adalah SABAR

5 RACUN & 5 PENAWAR

5 Jenis Racun dan 5 Penawarnya .

1... Dunia itu racun,zuhud itu ubatnya.
2. Harta itu racun,zakat itu ubatnya.
3. Perkataan yang sia-sia itu racun,zikir itu ubatnya.
4. Seluruh umur itu racun,taat itu ubatnya.
5. Seluruh tahun itu racun,Ramadhan itu ubatnya.

DENGARLAH SERUAN DARI KUBUR


Kubur Setiap Hari Menyeru Manusia Sebanyak Lima (5) Kali

1. Aku rumah yang terpencil,maka kamu akan senang dengan selalu membaca Al-Quran.
2. Aku rumah yang gelap,maka terangilah aku dengan selalu solat malam.
3. Aku rumah penuh dengan tanah dan debu,bawalah amal soleh yang menjadi hamparan.
4. Aku rumah ular berbisa,maka bawalah amalan Bismillah sebagai penawar.
5. Aku rumah pertanyaan Munkar dan Nakir,maka banyaklah bacaan
"Laa ilahaillallah, Muhammadar Rasulullah", supaya kamu dapat jawapan kepadanya

Saturday, February 7, 2009

FADHILAT MEMBACA AL QURAN

Dari Abu Umamah Al-Bahili ra, ia berkata, saya mendengar Rasulullah saw bersabda, "Bacalah Al Qur'an. Kerana ia pada hari kiamat nanti akan datang untuk memberikan syafaát kepada para pembacanya." (Hadith sahih, riwayat Muslim)

Dari Àbdullah bin Masùd ra, ia berkata, Rasulullah SAW bersabda, "Barangsiapa membaca satu huruf dari Kitab Allah (Al-Qur'an), maka ia akan memperoleh pahala satu amal kebajikan, dan pahala satu amal kebajikan dilipatkan sepuluh kali. Saya tidak mengatakan bahwa Alif-lam-mim itu satu huruf, tetapi alif adalah satu huruf , lam adalah satu huruf, dan mim juga satu huruf." (Hadits riwayat At-Tirmidzi dan Al-Darimi. Menurut At-Tirmidzi hadits ini hasan sahih)

Dari Àisyah ra, ia berkata, Rasulullah SAW bersabda, "Orang yang membaca Al Qur'an dan ia pandai (hafal) dalam membacanya, ia akan bersama para malaikat menjadi utusan yang mulia lagi suci. Sedangkan orang yang membaca AlQur'an tetapi ia terbata-bata kesulitan, serta kesukaran dalam
membacanya, ia akan memperoleh dua pahala." (Hadits sahih, riwayat Al-Bukhari, Muslim, At-Tirmidzi, Abu Dawud, dan Al-Darimi)

MUSLIMAH IDAMAN


muslimah idaman,
yang hatinya disalut taqwa kepada Allah
yang jiwanya penuh penghayatan terhadap Islam
yang sentiasa haus dengan ilmu
yang sentiasa dahaga akan pahala
yang solatnya maruah dirinya
yang tidak pernah takut untuk berkata benar
yang tidak pernah gentar untuk melawan nafsu
yang sentiasa bersama kumpulan orang orang berjuang di jalan Allah
muslimah ialah…yang menjaga tutur katanya
yang tidak bermegah dengan ilmu yang dimilikinya
yang sentiasa berbuat kebajikan kerana sifatnya yang penyayang
yang mempunyai ramai kawan
dan tidak mempunyai musuh yang bersifat jembalang

muslimah idaman ialah…wanita yang menghormati ibunya
yang sentiasa berbakti kepada kedua orang tuanya dan keluarga
yang bakal menjaga kerukunan rumahtangga
yang akan mendidik suami dan anak-anak mendalami islam
yang mengamalkan hidup penuh sederhana
kerana dunia baginya adalah rumah sementara menuju akhirat
muslimah idaman adalah yang sentiasa bersedia untuk menjadi insan
yang hidup dibawah naungan al quran dan mencontohi sahabiyyat…
yang boleh diajak berbincang dan berbicara
yang menjaga matanya dari berbelanja
yang sujudnya penuh kesyukuran dengan rahmat Allah keatasnya

wanita idaman lelaki ialah…tidak pernah membazirkan masa
matanya kepenatan kerana penat membaca
suaranya lesu kerana penat mengaji dan berzikir
tidurnya lena dengan cahaya keimanan
bangunnya subuh penuh kecergasan
kerana sehari lagi usianya bertambah penuh kematangan

muslimah idaman…ialah yang sentiasa mengingati mati
yang baginya hidup di dunia adalah ladang akhirat
yang mana buah kehidupan itu perlu dibaja dan dijaga
agar berputik tunas yang bakal menjadi baka yang baik
meneruskan perjuangan Islam sebelum hari kemudian

muslimah idaman….
yang tidak terpesona dengan buaian dunia
kerana dia mengimpikan syurga
di situlah rumah idamannya
jika ada lagi muslimah sebegini..alhamdulillah….alangkah bertuah sesiapa yg dapat memiliki hatinya..
By: mujahid