Wednesday, February 11, 2009

HILANG SEGALA NIKMAT

Orang Yang Tidak Melakukan Solat:

Subuh : Dijauhkan cahaya muka yang bersinar
Zuhor : Tidak diberikan berkah dalam rezekinya
Asar : Dijauhkan dari kesehatan/kekuatan
Maghrib : Tidak diberi santunan oleh anak-anaknya.
Isyak : Dijauhkan kedamaian dalam tidurnya

IBU...

Nabi Muhammad S.A.W bersabda:


" Ada 4 di pandang sebagai ibu ", iaitu :
1. Ibu dari segala UBAT adalah SEDIKIT MAKAN.
2. Ibu dari segala ADAB adalah SEDIKIT BERBICARA.
3. Ibu dari segala IBADAT adalah TAKUT BUAT DOSA.
4. Ibu dari segala CITA CITA adalah SABAR

5 RACUN & 5 PENAWAR

5 Jenis Racun dan 5 Penawarnya .

1... Dunia itu racun,zuhud itu ubatnya.
2. Harta itu racun,zakat itu ubatnya.
3. Perkataan yang sia-sia itu racun,zikir itu ubatnya.
4. Seluruh umur itu racun,taat itu ubatnya.
5. Seluruh tahun itu racun,Ramadhan itu ubatnya.

DENGARLAH SERUAN DARI KUBUR


Kubur Setiap Hari Menyeru Manusia Sebanyak Lima (5) Kali

1. Aku rumah yang terpencil,maka kamu akan senang dengan selalu membaca Al-Quran.
2. Aku rumah yang gelap,maka terangilah aku dengan selalu solat malam.
3. Aku rumah penuh dengan tanah dan debu,bawalah amal soleh yang menjadi hamparan.
4. Aku rumah ular berbisa,maka bawalah amalan Bismillah sebagai penawar.
5. Aku rumah pertanyaan Munkar dan Nakir,maka banyaklah bacaan
"Laa ilahaillallah, Muhammadar Rasulullah", supaya kamu dapat jawapan kepadanya

Saturday, February 7, 2009

FADHILAT MEMBACA AL QURAN

Dari Abu Umamah Al-Bahili ra, ia berkata, saya mendengar Rasulullah saw bersabda, "Bacalah Al Qur'an. Kerana ia pada hari kiamat nanti akan datang untuk memberikan syafaát kepada para pembacanya." (Hadith sahih, riwayat Muslim)

Dari Àbdullah bin Masùd ra, ia berkata, Rasulullah SAW bersabda, "Barangsiapa membaca satu huruf dari Kitab Allah (Al-Qur'an), maka ia akan memperoleh pahala satu amal kebajikan, dan pahala satu amal kebajikan dilipatkan sepuluh kali. Saya tidak mengatakan bahwa Alif-lam-mim itu satu huruf, tetapi alif adalah satu huruf , lam adalah satu huruf, dan mim juga satu huruf." (Hadits riwayat At-Tirmidzi dan Al-Darimi. Menurut At-Tirmidzi hadits ini hasan sahih)

Dari Àisyah ra, ia berkata, Rasulullah SAW bersabda, "Orang yang membaca Al Qur'an dan ia pandai (hafal) dalam membacanya, ia akan bersama para malaikat menjadi utusan yang mulia lagi suci. Sedangkan orang yang membaca AlQur'an tetapi ia terbata-bata kesulitan, serta kesukaran dalam
membacanya, ia akan memperoleh dua pahala." (Hadits sahih, riwayat Al-Bukhari, Muslim, At-Tirmidzi, Abu Dawud, dan Al-Darimi)

MUSLIMAH IDAMAN


muslimah idaman,
yang hatinya disalut taqwa kepada Allah
yang jiwanya penuh penghayatan terhadap Islam
yang sentiasa haus dengan ilmu
yang sentiasa dahaga akan pahala
yang solatnya maruah dirinya
yang tidak pernah takut untuk berkata benar
yang tidak pernah gentar untuk melawan nafsu
yang sentiasa bersama kumpulan orang orang berjuang di jalan Allah
muslimah ialah…yang menjaga tutur katanya
yang tidak bermegah dengan ilmu yang dimilikinya
yang sentiasa berbuat kebajikan kerana sifatnya yang penyayang
yang mempunyai ramai kawan
dan tidak mempunyai musuh yang bersifat jembalang

muslimah idaman ialah…wanita yang menghormati ibunya
yang sentiasa berbakti kepada kedua orang tuanya dan keluarga
yang bakal menjaga kerukunan rumahtangga
yang akan mendidik suami dan anak-anak mendalami islam
yang mengamalkan hidup penuh sederhana
kerana dunia baginya adalah rumah sementara menuju akhirat
muslimah idaman adalah yang sentiasa bersedia untuk menjadi insan
yang hidup dibawah naungan al quran dan mencontohi sahabiyyat…
yang boleh diajak berbincang dan berbicara
yang menjaga matanya dari berbelanja
yang sujudnya penuh kesyukuran dengan rahmat Allah keatasnya

wanita idaman lelaki ialah…tidak pernah membazirkan masa
matanya kepenatan kerana penat membaca
suaranya lesu kerana penat mengaji dan berzikir
tidurnya lena dengan cahaya keimanan
bangunnya subuh penuh kecergasan
kerana sehari lagi usianya bertambah penuh kematangan

muslimah idaman…ialah yang sentiasa mengingati mati
yang baginya hidup di dunia adalah ladang akhirat
yang mana buah kehidupan itu perlu dibaja dan dijaga
agar berputik tunas yang bakal menjadi baka yang baik
meneruskan perjuangan Islam sebelum hari kemudian

muslimah idaman….
yang tidak terpesona dengan buaian dunia
kerana dia mengimpikan syurga
di situlah rumah idamannya
jika ada lagi muslimah sebegini..alhamdulillah….alangkah bertuah sesiapa yg dapat memiliki hatinya..
By: mujahid

4 - 4 = 0

Ada 4 perkara yang menghilangkan 4 perkara..

1. Kemarahan akan menghilangkan AKAL.
2. Hasud akan menghilangkan AGAMA.
3. Ketamakan akan menghilangkan MALU.
4. Ghibah akan menghilangkan 'AMAL SHOLEH.

KELEBIHAN KALIMAH ITU


Kubur itu gelap, cahayanya ialah Laa Ilaaha IllalLah.

Jika diletakkan langit dan bumi di sebelah dacing, dan kalimah ini di sebelah yang satu lagi, pasti lebih berat lagi nilai kalimah '
Laa ilaaha illalLah' ini.

Rasulullah saw. bersabda: 'Wahai manusia! Ucaplah '
Laa ilaaha illalLah', kamu pasti berjaya!' Marilah kita ucapkan kalimah ini: 'Laa ilaaha illallah!' sebanyak yang boleh.

DOA DI AWAL & AKHIR TUGAS.

(KETIKA MEMULAKAN TUGAS)
Ya Allah aku memohon pada-Mu kebaikan pekerjaan ini dan segala kebaikan yang ada di dalamnya dan aku berlindung pada-Mu daripada keburukan pekerjaan ini dan segala keburukan yang ada di dalamnya. Sesungguhnya di atas segala sesuatu itu Engkaulah yang maha berkuasa menentukannya.

(KETIKA DI AKHIR TUGAS)
Ya Allah aku serahkan pada-Mu pekerjaan ku dan jiwa ragaku dan aku bertawakkal kepada Engkau ya Allah.

SELAMAT BER'AMAL

CINTA YANG MEMBUAHKAN KEMANISAN IMAN


RASULULLAH S.A.W.

“Barangsiapa yang terdapat padanya 3 perkara, maka dia akan merasakan kemanisan iman.
3 perkara itu ialah:
1. Mencintai Allah & Rasulnya, melebihi cintanya dari yang lain,
2. Mencintai mnusia didasarkan cinta kpd Allah semata-mata,

3. Benci untuk kembli kepada kekufuran, seperti orang yang benci jika dilemparkan ke dalam api neraka”


( HR. Bukhari dn Muslim)

Friday, February 6, 2009

Anjing Israel ”Tunduk” kepada Mujahidin


Kami adalah para mujahidin di jalan Allah”, kata salah satu mujahidin. Dan anjing pelacak Israel pun tunduk

Riwayat tentang karamah mujahidin di pertempuran Gaza semakinAnjing banyak, terutama setelah kembalinya para pejuang dari medan pertempuran. Salah satu ”keajaiban” tersiar di forum-forum internet Palestina adalah, kisah tentang jinaknya anjing-anjing tentrra Israel ketika berhadapan dengan para mujahidin.

Fenomena ini terjadi tatkala sekumpulan mujahidin Al Qassam melakukan ribath (berjaga) di front tengah malam. Tiba-tiba muncul seekor anjing militer Israel jenis doberman, yang memang dilatih khusus untuk membantu pasukan Israel menemukan penyimpanan senjata dan persembunyian para mujahidin. Anjing besar ini mendekat dengan menampakkan sikap ”tidak bersahabat”.

Periwayat cerita ini menyebutkan, bahwa salah satu dari mujahidin mengatakan kepada anjing tersebut. ”Kami adalah para mujahidin di jalan Allah, dan kami diperintahkan untuk tetap berada di tempat ini, menjauhlah dari kami, dan jangan menimbulkan masalah untuk kami”.

Setelah itu, si anjing duduk dengan dua tangannya dijulurkan ke depan dan diam. Akhirnya salah satu mujahidin mendekatinya, dan memberinya beberapa kurma. Dengan tenang anjing itu memakan kurma itu, setelah itu ia beranjak dan pergi meninggalkan tempat itu

Bersyukur Atas Semua Nikmat-Nya

Hari ini dalam sebuah bus
Aku melihat seorang gadis dengan rambut keemasan
Aku berfikir andaikan aku secantik dirinya,
Ketika hendak turun dari bas
Aku melihat dia tersaruk-saruk di antara tempat duduk
Dia hanya memiliki satu kaki dan menggunakan tongkat
Tetapi ketika dia melihatku dia tersenyum dengan manisnya.
Ya Allah, ampuni aku ketika aku tidak bersyukur
Aku memiliki dua kaki, dunia ini adalah milikku.

Aku berhenti sejenak untuk membeli buah.
Anak lelaki yang menjual buah-buahan itu sangat tampan
Aku bercakap-cakap dengannya dan dia tampak sangat bahagia
Ketika aku hendak meninggalkannya dia berkata padaku,
"Kamu sangat ramah padaku, terima kasih. Tidak semua orang mau berbicara denganku, kerana aku buta."
Ya Allah, ampuni aku ketika aku tidak bersyukur
Aku mempunyai sepasang mata, dunia ini adalah milikku

Ketika aku berjalan di pesisir kota
Aku melihat anak lelaki kecil bermata biru
Dia berdiri dan melihat orang-orang bermain
Dia nampak murung, tidak tahu apa yang harus dilakukan.
Aku mendekatinya dan berkata,
"Mengapa kau tidak bermain dengan kanak-kanak itu?"
Dia menatapku, tanpa mengucapkan sepatah kata
Baru aku sedar, dia tak dapat mendengar,
Ya Allah, ampuni aku ketika aku tidak bersyukur kepada-Mu
Aku mempunyai sepasang telinga, dunia ini adalah milikku

Dengan kedua kakiku, aku meneruskan perjalananku
Dengan kedua mataku, aku melihat kilau matahari terbenam
Dengan kedua telingaku, aku dapat mendengar apa yang aku mau
Ya Allah, ampuni aku ketika aku tidak bersyukur
Aku memiliki segalanya dalam ragaku,
Dunia ini milikku
Betul kata pepatah,
Bahawa kita tidak menyadari apa yang kita miliki
Hingga milik kita diambil oleh-Nya
Dan kita tidak menyadari apa yang pernah hilang hingga Allah memberikan hal itu padakita.
Astaghfirullahaladzim...

Thursday, February 5, 2009

UZLAH

Bayi lahir keluar dari tembuni
Rahim memikul satu tujuan
Amanah ALLAH perlu dipatuhi
Demi kebahagian hari muka

Kehidupan umpama lebuhraya
Walau pun rata
Tetapi petaka sedia menanti
Jika tidak berhati-hati
Kerana itulah
Kaki yang melangkah perlu tahu
Bumi yang dipijak

Kelahiran berarti putih
Suci dari dosa
Dan kita juga mewarnai
Diri kita adalah rohani kita
Tetap sendiri memilih jalan hidup

Kita akan ditinggalkan
Mewarnai hidup
Dan kemudian

Beruzlah di dunia fana

JANGAN DISANGKA....

Ada manusia tersilap dengan bergembira dengan apa yang telah mereka lakukan dan suka dipuji dengan apa yang mereka tidak lakukan. Jangan sangka mereka akan terlepas dari siksa Allah, Pemerintah langit dan bumi, Maha Kuasa atas segala sesuatu.


Jangan sekali-kali engkau menyangka bahawa orang-orang yang bergembira dengan apa yang mereka telah lakukan, dan mereka pula suka dipuji dengan apa yang mereka tidak lakukan - jangan sekali-kali engkau menyangka mereka akan terselamat dari seksa, dan mereka pula akan beroleh azab yang tidak terperi sakitnya.
Dan bagi Allah jualah kuasa pemerintah langit dan bumi, dan Allah Maha Kuasa atas tiap-tiap sesuatu. (Surah AliImran:188- 189)

DUNIAWI & UKHROWI

Semua makhluk akan mati dan bertemu Allah untuk menerima balasan amalan masing-masing. Nilai kejayaan sebenar ialah kejayaan di akhirat. Jangan terpedaya dengan kehidupan duniawi...


Tiap-tiap yang bernyawa akan merasai mati, dan bahawasanya pada hari kiamat sahajalah akan disempurnakan balasan kamu. Ketika itu sesiapa yang dijauhkan dari neraka dan dimasukkan ke syurga maka sesungguhnya ia telah berjaya. Dan (ingatlah bahawa) kehidupan di dunia ini (meliputi segala kemewahannya dan pangkat kebesarannya) tidak lain hanyalah kesenangan bagi orang-orang yang terpedaya.(Surah Ali Imran: 185)

HAJI BAKHIL BIN LEBAI KEDEKUT?

Penilaian manusia terhad dan berkemungkinan tidak tepat. Jangan menyangka kebakhilan dari berkongsi rezeki yang Allah kurniakan itu baik bagi kita bahkan ia sebenarnya sesuatu yang buruk di dunia dan akhirat.


Dan jangan sekali-kali orang-orang yang bakhil dengan harta benda yang telah dikurniakan Allah kepada mereka dari kemurahanNya - menyangka bahawa keadaan bakhilnya itu baik bagi mereka. Bahkan ia adalah buruk bagi mereka. Mereka akan dikalongkan (diseksa) dengan apa yang mereka bakhilkan itu pada hari kiamat kelak. Dan bagi Allah jualah hak milik segala warisan (isi) langit dan bumi. ... (Surah AliImran: 180)

JADILAH YANG DIHADAPAN


Sabda Nabi S.A.W :
Andainya mereka mengetahui kelebihan yang ada dalam saf solat yang di hadapan, pasti kamu atau mereka mengadakan undian.

(Riwayat Bukhari & Muslim)

FIKIR SEJENAK.

Datangilah (undangan) orang yang mengundang, jangan menolak hadiah dan jangan kamu memukul orang-orang Islam.

(Riwayat Ahmad & Bukhari)

HUTANG & SEDEQAH

Dan jika (orang berhutang itu) dalam kesukaran, maka berilah tangguh sampai dia berkelapangan. Dan menyedekahkan (sebahagian atau semua hutang) itu, lebih baik bagimu, jika kamu mengetahui.

(Al-Baqarah : Ayat 280)

MUKJIZATNYA AZAN PERTAMA

Nabi Muhammad s.a.w. bersabda :
Sesiapa yahg baru mendapat anak lalu diazankan di telinga kanan serta diqamatkan di telinga kiri, nescaya tidak diapa-apakan oleh syaitan.

(Maksud Hadis)

ANAK & BAPA




Setengah hak anak atas bapa ialah membaguskan adab kesopanan dan membaiki namanya.

(Maksud Hadis)

Wednesday, February 4, 2009

BUATMU MUHAMMAD


sajak terakhir bonda Rasulullah S.A.W

WAHAI ANAKKU MUHAMMAD
Allah melimpahkan berkat pada engkau,
wahai anak dari Ibu,
yang sedang menghadapi maut.
Engkau, diutus Allah kepada manusia dalam lingkungan Halal dan Haram.
Engkau dibangkitkan Allah membantu tauhid dan iman agama nenek engkau Ibrahim.
Allah melarang engkau tidak boleh mendekati berhala,
jangan bersama golongan itu


~nukilan sajak Aminah binti Wahab,Ibunda Rasulullah s.a.w sewaktu akan wafat meninggalkan Muhammad yang berusia 6 tahun dan sdg bermain main di sampingnya~

Monday, February 2, 2009

.: SALAM UKHWAH :.


Rasulullah s.a.w bersabda : Silaturrahim itu boleh menambah umur. (Riwayat Al-Quda'i)

ILMU YANG DIMANFA'ATKAN


Barangsiapa yang mempunyai ilmu yang diamalkan dan diajarkan, maka dia akan mendapat gelaran seorang pembesar di alam langit.

(Nabi Isa a.s)

DIAM


Diam itu adalah suatu kebijaksanaan tetapi sedikit sekali orang yang berbuat demikian.

(Maksud Hadis)

Rasulullah saw bersabda : "Menjaga lidah adalah kunci segala amalan."

Wallahu 'alam

pHD

Jauhi sifat hasad, kerana sifat hasad itu memakan kebaikan seperti kayu kering dimakan api.

ATAS & BAWAH



Tangan yang di atas lebih mulia daripada tangan yang di bawah. (Maksud Hadis)

Oleh itu, marilah sama-sama kita bersedeqah, melaburkan harta ke jalan Allah untuk keberkatan dariNya. InsyaAllah...

DIHARGAI & BERHARGA


Usahlah bimbang jika diri anda tidak dihargai, akan tetapi anda perlu bimbang jika diri anda tidak berharga lagi.

(Hukamak)


ALLAH BAYAR CASH!!!

2 perkara yang Allah segerakan (hukuman) di dunia :

1. Kezaliman
2. Menderhaka kepada orang tua.

(Maksud Hadis Riwayat Bukhari)

SOMBONG & IMAN

Tidak akan masuk syurga orang yang ada di dalam hatinya seberat biji sawi dari sifat sombong.

Dan tiada masuk neraka orang yang di dalam hatinya seberat biji sawi dari rasa iman.

(Maksud Hadis)

HUTANG

Jangan anda membiasakan diri anda berhutang, kalau terpaksa berhutang, maka berniatlah untuk segera membayarnya.

MATI & HARTA


Dua (Perkara) yang tidak disenangi anak Adam :

1. Mati : padahal ia lebih baik dari dugaan(kesesatan)
2. Harta : padahal ia meringankan hisab

Riwayat Said bin Mansur & Ahmad

PERKARA YANG DIUTAMAKAN


Orang mukmin yang paling utama adalah yang paling baik akhlaknya.

(Riwayat Ibnu Majah & Haakim)

KESABARAN SEBAHAGIAN DARIPADA IMAN





"Hai orang-orang yang beriman, jadikanlah sabar dan solat sebagai penolongmu, sesungguhnya Allah berserta orang-orang yang sabar ".

(Al-Baqarah : Ayat 153)